Tuesday, March 20, 2007

selamat datang blog teknik vokasional pertama

TAHNIAH KEPADA PUAN NORZALINA DARIPADA SAM TINGGI KUALA KUBU BHARU KERANA BERJAYA MEMBANGUNKAN BLOG SENDIRI.

SEMOGA KEHADIRAN BLOG PUAN NORZALINA INI AKAN MELAHIRKAN LEBIH BANYAK BLOG LAIN. INSYAALLAH.

MASUKLAH PADA PAUTAN YANG TERDAPAT PADA BAHAGIAN SEBELAH KANAN RUANGAN INI.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
20.03.2007
01 Rabiulawal 1428.

Sunday, February 11, 2007

khas untuk guru-guru teknik & vokasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua....

KUTV telah membuat keputusan untuk menamatkan blog yang dikhaskan untuk takwim ini. Mulai sekarang KUTV bercadang memberi ruang kepada semua warga pendidik bidang tektik & vokasional menggunakan ruangan ini.

Sebagai langkah awal, semua guru berkaitan dijemput menulis, merakamkan apa-apa sahaja maklumat dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. KUTV juga bercadang untuk membuatkan pautan laman web atau blog yang dimiliki oleh guru-guru semua melalui blog ini. Dengan itu KUTV menamakan blog ini sebagai WARGA PENDIDIK UNIT TEKNIK & VOKASIONAL HULU SELANGOR.

Sila hubungi KUTV dengan segera jika ada apa-apa respon tentang hal ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menghantar email kepada KUTV, dengan mencatatkan maklumat yang ingin dimasukkan, atau emailkan alamat web atau blog yang dimiliki supaya dapat saya pautkan dari blog ini.

KUTV berharap secara ini, maklumat teknik & vokasional dapat dikongsi bersama di kalangan guru di Hulu Selangor.

Disediakan oleh:
KUTV PPDHS
11.02.2007
23 Muharam 1428.